Saturday, 24 September 2011

Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran

Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Intergerasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. Peranan pendidik pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara . Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran membolehkan: v Murid meningkatkan kefahaman dan penguasaan murud dalam pembelajaran v Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. v Murid mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpulkan. v Murid mencuba atau melaksanakan uji kaji yang sukar, memerlukan perbelanjaan yang banyak, mustahil atau berbahaya jika dilakukan dengan cara biasa. v Murid meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. v Murid diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara minimum. v Murid meningkatkan kemahiran ICT mereka. Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian: v Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. v Guru mesti menggunakan ICT yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P. v Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai. Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru-guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai: v Tutorial v Aplikasi v Penerokaan v Komunikasi Menurut Mohamed Rashid dan Mohd. Nasir (2003) dalam “Kajian Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran” menyatakan bahawa pada abad ke-21 negara menghadapi cabaran dalam dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan. Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam penggunaan ICT sewaktu menjalankan P&P antaranya ialah: a) Kekangan dalam menghabiskan silibus. Guru kurang menggunakan komputer dalam P&P kerana guru terpaksa menghabiskan silibus dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.Selain itu, penyediaan alatan seperti LCD untuk berfungsi dengan sempurna mengambil masa lama, terutama bagi sekolah yang tidak ada perkhidmatan juruteknik computer. b) Sikap Negatif Guru. Kebanyakan guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1966). Ledakan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan.Malahan ada kalangan guru yang ‘buta ICT’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat mengajar menggunakan ICT selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan ICT untuk pengajaran. c) Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Namun begitu ,ramai guru yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.Guru yang kurang mahir ini menyebabkan timbul sikap malas dan kurang minat menggunakan IT. d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan. Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Namun begitu kemudahan ICT yang terdapat di sekolah masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletakkan komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer di dalam makmal komputer. Ada yang memiliki sambungan kepada internet, ada yang tidak. Kekurangan yang prasarana inilah yang menimbulkan masalah kepda penggunaan ICT.Malahan melemahkan semangat guru – guru dan murid – murid. e) Jurang ICT dan Digital Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat, ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku , terutama di luar bandar dan dalam kalangan kaum. Situasi ini menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat diaplikasi di luar bilik darjah memandangkan sosioekonomi murid – murid di luar bandar yang rendah. Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat dan penyelenggaraan IT. Kelemahan kepimpinan sekolah kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan yang berlaku. Cara-Cara Mengatasi Masalah. a) Kekangan Menghabiskan Silibus Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, email, program pendidikan yang selaras di peringkat sekolah dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum . Penggunaan multimedia, khususnya power point dan layar tayang boleh memberi kesan positif kepada perkembangan minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bidang IT. Penggunaan ICT dalam pengajaran perlu dirancang dengan baik bukan secara sambil lewa atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran , sukatan yang digubal hendaklah bersesuaian dan mudah dikendalikan. b) Sikap Negatif Guru kepada sikap positif Pengajaran dan pembelajaran cara lama yang diamalkan oleh guru harus diinovasikan dan ada kesinambungan dengan P&P berasaskan IT . Guru seharusnya memikirkan pembelajaran yang dinamik dalam konteks penggunaan ICT di semua peringkat pendidikan bagi membolehkan ICT diadaptasikan dalam budaya pembelajaran. Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran IT dalam dunia pendidikan. Justeru itu para guru perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas.Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam kelas.Melalui kursus dan bengkel membantu guru menggunakan perisian dalam P&P. Jika guru mahir menggunakan perisian dan perkakasan computer secara langsung menyemai minat guru. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital.Guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional. c) Kekurangan Kemahiran kepada Mahir dalam Pengendalian IT Guru harus didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan. Program LADAP di sekolah perlu dilaksanakan dengan baik dan terancang. Ini boleh membawa kepada inovasi dan pelaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Selain itu, pihak pengurusan perlu menyediakan guru mahir IT sebelum guru tersebut mengajar murid-murid menggunakan IT.Ini kerana guru yang mahir akan menambah keyakinan murid terhadap pelajaran.Malahan tidak akan menjejaskan tumpuan murid dan guru ketika proses P&P berjalan. d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Pihak sekolah perlu memperbaiki infstruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian , kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur. Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan – bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual penggunana, juruteknik komputer dan guru pakar. Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang mencukupi memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid.Suasana bilik yang ceria yang mempunyai sudut – sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi kemudahan kepada murid mencari maklumat berkaitan IT. e) Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Masyarakat luar bandar juga dibantu dengan kemudahan komputer dan rangkaian internet . terdapat syarikat komunikasi memberi kemudahan rangakaian internet dan computer percuma, tetapi ia perlu diperluaskan ke kawasan pedalaman supaya semua murid dapat kemudahan menggunakan IT bukan sahaja di sekolah malahan di rumah. f) Sumber Kewangan yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat. Peruntukkan untuk penyelenggaraan wajar ditambah memandangkan kos yang semakin meningkat.Penyelenggaraan Anti – Virus sepatutnya sentiasa dipantau dan dikemaskini supaya jangka hayat perkakasan computer lebih lama. Kesimpulan. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia..Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti projektor LCD, komputer dan persembahan power point. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisien, guru dan pelajar tidak melaksanakan P&P dengan berkesan Oleh itu , prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Penggunaan TMK dalam pengajaran diyakini dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced dan self directed

Cabaran Memperkembangkan Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat

Apabila berdepan dengan teknologi maklumat (TM), Internet, ruang siber, globalisasi dan liberalisasi, apakah yang terjadi dan akan terjadi kepa da bahasa Melayu nanti? Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris, bahasa dunia! Jawapan kepada soalan di atas terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekreatifan kita menggunakan bahasa Melayu, yang sudah mempunyai kekuatan dan status yang ada; bahasa yang keem pat besarnya di dunia. Beberapa isu itu sudah dibincangkan dalam rencana saya dalam Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat itu bukanlah penganugerahan daripada kuasa Tuhan, tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi, politik dan lain-lain daripada manusia yang meng­gunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpadu an rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah men jadi bahasa perdagangan, dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangnya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi. Untuk menghadapi cabaran baru dalam era TM dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sum ber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi, lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan. Untuk berbuat demikian, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam TM perlu dihasilkan. Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih ban yak pengarang, penyelidik, guru, pener bit dan institusi penyelidikan. Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di depan kom puter, Internet, pangkalan data dan portal. Tanggungjawab memperkembang, memper tahankan dan memodenkan bahasa kebang saan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta dan pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif. Inilah masanya untuk kita melakukan suatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era TM. Jika tidak, kita akan karam dalam arus globalisasi yang juga digelorakan bahasa Inggeris, selain kuasa ICT (Information, Communication and Technology). Memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia kini sudah berpendidikan tinggi, maka seharusnya tahu melakukan kerja dengan lebih bijak, inovatif, kreatif dan produktif dan seharusnya mencontohi jejak langkah sarjana dan institusi di England, Amerika Syarikat dan Australia, misalnya dalam memperkembang bahasa Inggeris. Usaha itu sepatutnya dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan dengan bantuan teknologi maklumat. Daripada pro jek penyelidikan bahasa Inggeris seperti Technology Enhanced Language Learning (TELL) dan Computer Assisted Language Learning (CALL) yang dilakukan di England, Amerika Syarikat dan Australia, kini sudah ada data bahasa terbaca mesin yang boleh diperoleh dalam CD-ROM, Internet dan pakej elektronik yang lain tentang bahasa Inggeris. Peluang untuk melakukannya terbuka luas kini dengan semakin banyak alat bantuan sudah tersaji di hadapan kita. Minat kita terhadap bahasa Melayu sudah meningkat ekoran peningkatan penekanan negara asing terhadap pasaran ekonomi di Alam Melayu. Cabaran kepada bahasa Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekono mi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, men cari mutiara maklumat, dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa pemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup. Perjalanan itu bukan sahaja panjang, tetapi juga berliku-liku dan penuh ranjau. Segala-galanya, menuntut peningkatan intelektual rakyat Malaysia dan pengintelektualan bahasa Melayu. Untuk melaksanakannya, lebih banyak buku dan pengarang

Tatabahasa

KATA NAMA Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan Nama Betul 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas Benda bangunan kereta buku sekolah Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Orang doktor kerani guru budak lelaki Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Binatang kucing lembu katak ayam burung Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai Tempat negeri bandar kampung tasek Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Tumbuhan pisang cili jambu limau Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) Sila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :- kelas kata kata dasar kata terbitan kata kerja peraga latih bawa lawan peragawati latihan pembawaan perlawanan kata sendi oleh untuk perolehan peruntukan kata nama lombong rumah guru perlonbongan perumahan perguruan kata adjektif cantik besar tinggi kecantikan pembesar ketinggian

Etika: Garis panduan dan tatacara penggunaan internet & mel elektronik di agensi-agensi kerajaan

Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaa Internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkanrisiko gangguan operasi Internet dan e-mel. TATACARA PENGGUNAAN INTERNET 1. Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, menggangu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat, adalah wajar setiap agensi menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku. 2. Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan Internet. (a) Hak Akses Pengguna Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan. (b) Memilih Laman Laman yang dilayari dari Internet perlulah dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan. (c) Pengesahan Maklumat Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amaln baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan. (d) Muat Naik Bahan Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Jabatan sebelum dimuat naik. (e) Muat Turun Bahan Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawaj hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja. (f) Perbincangan Awam Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara yang telah ditetapkan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan. 3. Perbincangan awam adalah dilarang daripada melakukan sebaran aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti : (a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen; (b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan; (c) menyedia, memuat naik, memuat turun, dan menyimpan material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah; (d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan; (e) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board; (f) memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain; (g) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu; (h) menggunakan kemudahan chatting melalui Internet; (i) menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi; (j) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik; (k) melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas; (l) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer; dan (m) menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke Internet. TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK 4. Setiap penjawat awam mempunyai e-mel rasmi yang digunakan untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawah agensi Kerajaan. Salah satu contoh alamat e-mel rasmi ialah ahmad@jpm.gov.my. E-mel rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu e-mel rahsia rasmi dan e-mel bukan rahsia rasmi. (a) E-mel Rahsia Rasmi E-mel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasnu yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya samada Terhad, Sulit atau Rahsia Besar. (b) E-mel Bukan Rahsia Rasmi E-mel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi. 5. Berikut adalah kaedah penggunaan e-mel yang betul dan disesuaikan pemakaiannya di setiap agensi Kerajaan. (a) Pemilikan akaun E-mel Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang. (b) Format E-mel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna, setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh dan logo rasmi. Contoh format e-mel bukan rahsia rasmi adalah seperti di Lampiran A dan format bagi e-mel rahsia rasmi adalah seperti di Lampiran B. Penggunaan huruf besar kandungan e-mel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian disamping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan. Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan. (c) Penghantaran Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e-mel rasmi dan pastikan alamat e-mel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakan kemudahan ‘salinan kepada’ (cc) sekiranya e-mel tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan ‘blind cc’ (bcc) tidak digalakkan. Kemudahan ‘reply’ digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal dan ‘forward’ untuk memanjangkan e-mel atau dimajukan kepada penerima lain. Sebagai amalan baik, e-mel penghantar hendaklah dijawab selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh e-mel berkenaan diterima. Kemudahan penghantaran e-mel jawab automatik semasa berada di luar pejabat bagi tempoh waktu yang panjang, boleh dipertimbangkan penggunaannya oleh Jabatan. (d) Penghantaran Bersama Fail Kepilan Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerima fail e-mel yang bersaiz melebihi 2 megabait. Sekiranya perlu, kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan. (e) Penerimaan Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui. (f) Mengenal Pasti Identiti Pengguna Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel. Ini bertujuan melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan. (g) Penyimpanan Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik agensi masing-masing. Pengguna hendaklah memastikan jumlah e-mel yang disimpan di dalam kotak masuk e-mel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan e-mel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan. (h) Pemusnahan dan Penghapusan E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. ( contoh : draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman dan brosur ) (i) Tarikh dan Masa Sistem Komputer Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat. 6. Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti : (a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain; (b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah; (c) menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik; (d) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah; (e) menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel born, e-mel sparm, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia; (f) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain; (g) menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; dan (h) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya. KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL 7. Internet dan E-mel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan, penyelewengan, pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu, keselamatan Internet dan e-mel perlu untuk melindundi maklumat rahsia rasmi dan maklumat bukan rahsia rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamatan Internet dan e-mel bergantung kepada factor-faktor sokongan berikut. (a). Keselamatan Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat daripada pencerobohan atau sebarang bentuk capaian tidak sah. (b). Keselamatan Dokumen Elektronik Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapis malicious codes perlulah dikemas kini dari semasa ke semasa. Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifer sepanjang masa, manakala maklumat rahsia yang tidak diperlukan atas talian mesti dipindahkan segera ke media storan elektronik sekunder dalam bentuk teks sifer dan hendaklah dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat digital telah digariskan dalam dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communication Technology Security Handbook(MyMIS), Buku Arahan Keselamatn dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 “Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi(Pindaan) 1986“. Sekiran Penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, agensi perlu memastikan semua maklumat bukan rahsia rasmi atau rasmi didalam komputer berkenaan telah dikeluarkan dan selamat sebelum menghantar komputer untuk penyelenggaraan. (c). Tandatangan Digital Agensi Kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi mesti menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perakuan tempatan yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia iaiti Pihak Berkuasa Persijilan (Certification Authority) (d). Keselamatan Pengendalian E-mel Rahsia Rasmi Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesahihan e-mel rahsia rasmi iaitu: i. penyulitan mesti dilakukan ke atas semua e-mel rahsia rasmi yang dihantar, diterima dan disimpan; ii. penerima e-mel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahijan dokumen apabila tandatangani secara digital oleh pengirim; iii. penerima mesti membuat akuan penerimaan e-mel rahsia rasmi sebaik sahaha menerimanya; iv. e-mel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh dimajukan kepada pihak lain. Sementara e-mel bertanda sulit dan terhad yang hendak dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen; v. e-mel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak dimusnahkan perlulah ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya tiga (3) kali dengan fail yang lain sebelum dipadamkan; dan vi. agensi perlu menentukan sistem e-mel rahsia rasmi yang disambungkan kepada Intenet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network TANGGUNGJAWAP PENTADBIRAN SISTEM ICT 8. Bagi memastikan pengendalian internet dan e-mel agensi beroperasi dengan sempurna dan berkesan, pentadbiran system ICT adalah bertanggungjawap: (a) Menentukan setiap pengendalian akaun yang diwujudkan atau dibatalkan mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Pembatalan akaun (pengguna yang berhenti , bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat. Pentadbiran system ICT boleh membekukan akaun pengguna , jika perlu, semasa pengguna bercuti panjang , berkursus atau pun menghadapi tindakan tattertib; (b) Menggunakan perisian pemecahan kata laluan yang dibenarkan untuk mengenalpasti kata laluan pengguna yang lemah dan kemudiannya mencadang dan memperakukan cirri-ciri kata laluan yang lebih baik kepada pengguna; (c) Menghalang kemasukan maklumat dari laman internet yang berunsur ganas, lucah, permainan elektronik atas talian, judi dan lain-lain aktiviti yang dilarang; (d) Menyimpan jejak audit selama sekurang-kurangnya dua (2) bulan di dalam pelayan e-mel berkenaan, tertakhluk kepada kemampuan ruang storan, dan tiga (3) tahun di dalam media storan lain; (e) Menjalankan pemantauan dan penapisan kandungan fail elektronik dan e-mel secara storan berkala jika difikirkan perlu tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pengguna. Ini bertujuan pelaksanaannya mematuhi dasar dan tatacara yang ditetapkan; (f) Melaksanakan jadual penstoran dan pengarkiban e-mel agensi. Penyimpanan media storan sama ada di luar atau di dalam kawasan mestilah mempunyai cirri-ciri keselamatan fizikal yang terjamin bagi mengelak daripada sebarang risiko seperti kehilangan maklumat bernilai; (g) Memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya mengalami insiden keselamatan seperti pencerobohan system, serangan virus atau sebarang masalah kerosakan.Pentadbiran system ICT hendakalah mengurus dan menangani insidan yang berlaku dengan segera dan sistematik sehingga keadaan kembali pulih. Agensi juga perlu melaporkan setiap insiden kepada GCERT megikuti Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”; dan (h) Melaksanakan penyelenggaraan ke atas system e-mel dengan baik dan menentukan segera patches terkini yang disediakan oleh pihak pembekal perisian dipasang dan berfungsi dengan sempurna. TANGGUNGJAWAP PENGGUNA 16. Pengguna hendaklah mematuhi tatcara penggunaan Internet dan e-mel yang telah ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin.peranan dan tanggungjawap pengguna adalah seperti berikut: (a) Mengugunakan akaun atau alamat e-mel yang diperuntukan oleh kerajaan; (b) Memaklumkan kepada pentadbiran system ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akuan telah disalahgunakan; (c) Menggunakan kata laluan yang baik dengan cirri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Lampiran C. (d) Memastikan setiap fail yang muat turun bebas dari virus sebelum digunakan (e) Bertanggungjawap sepenuhnya terhadap semua kendungan fail elektonik termasuk e-mel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu bertindak bijak, professional dan berhati-hati apebila berkomunikasi menerusi saluran elektronik; (f) Berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima dan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsure-unsur tidak menyenangkan; (g) Mengdakan saliran atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan (h) Memastikan kemudahan e-mel digunakan dan dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu bekerja supaya e-mel yang dialamatkan sampai tepat pada masanya dan tindakan ke atasnya dapat disegerakan; (i) Menggunakan kemudahan password screen saver atau logkeluar apabila hendak meninggalkan computer; (j) Memaklumkan kepada pentadbir system ICT sekiranya berada di luar pejabat dalam tempoh waktu yang panjang, bercuti atau bertukar tempat kerja bagi memudahkan penyelenggaraan dilakukan; dan (k) Memaklumkan kepada pentadbiran system ICT atau pegawai keselamatan ICT (ICTSO) sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden keselamatan ICT.

tajuk 15

Tajuk 15:Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang Seminar Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu : Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu Penggunaan komputer di sekolah Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Contoh seminar P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer:
Antara Hasil Bbm Berbantukan Komputer
Contoh Borang Pemarkahan Pertandingan Seminar P&P berbantukan Komputer
http://bkree66.21classes.com/pub/b/bkree66/skema_pemarkahan.pdf Pameran Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya. Jenis-jenis pameran: BIL PERKARA HURAIAN 1 Pameran tetap Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat 2 Pameran Temporer Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan 3 Pameran Keliling Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap. Contoh Pameran: Contoh pamplet Pameran :

tajuk 14

Tajuk 14:Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam P&P Bahasa Melayu Pengenalan Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer. Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
Contoh Jenis Cakera Padat Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah: - puisi tradisional dan kesusasteraan - latihan dan soalan Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu. AKTIVITI JENIS CAKERA KESUSASTERAAN · Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek. TATABAHASA · Cakera latihan tatabahasa

tajuk 13

Tajuk 13:Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Pengenalan Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik. Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint. Power Points Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah. Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi. Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu: (i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart (ii) Transition dan Animation (i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi : Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
( (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi : Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint